Tumbuhan Tidak berbunga (Urang-Aring)



Urang-aring atau nama saintifiknya Eclipta prostrata adalah daripada famili Astercaeae. Urang-aring merupakan sejenis tumbuhan liar yang bertangkai banyak. Ianya tumbuh di tempat terbuka seperti di bahu jalan, di tanah lapang atau di tepi pantai.

      
Tanaman renek ini hanya setinggi 80sm, tumbuh menegak atau kadangkala terbaring. Batangnya bulat hijau keperangan, berbulu kasar warna putih. Daunnya berwarna hijau yang berbentuk bujur telur,  kelilingnya bergerigi halus..

Khasiatnya


Urang-aring berkesan untuk menghentikan pendarahan, menurunkan darah dan antitoksin. Kesannya masuk menerusi hati dan ginjal.
        Untuk tujuan rawatan, biasanya seluruh pokok digunakan, samada segar atau kering. Urang-aring juga dipercayai dapat menghentikan muntah darah, batuk darah, kencing darah, buang air besar berdarah, pendarahan rahim, kurang gigi pada kanak-kanak, keputihan, rambut beruban sebelum waktu dan banyak lagi.


No comments:

Post a Comment