Herba Tidak Berbunga ( Selom)

Selom atau nama saintifiknya Oenanthe javanica adalah daripada famili Umbelliferae. Selom tumbuh liar di kawasan paya, di tepi sungai dan di kawasan tanah lembap.



Daun selom tersusun secara berselang-seli, pelepah daun memeluk batang, permukaan atas berwarna hijau tua, manakala permukaan bawah pula berwarna hijau muda.

Khasiat dan Kegunaannya


Selom adalah sejenis tumbuhan yang banyak mempunyai khasiat seperti bahan sayuran segar yang lain. Selom banyak mengandungi air. Tambahan pula tumbuhan ini tumbuh di kawasan berair dan di kawasan lembap. Selom mengandungi 91.6% air, 1.1% protein, 0.4% lemak, 4.4% karbohidrat, 1.0% serabut dan 1.5% abu. Hampir keseluruhan bahagian selom mempunyai fungsi dan nilainya dalam perubatan.

Daun dan batangnya didapati boleh meredakan beberapa penyakit seperti bisul, gigitan berbisa, dan kanser. Caranya adalah dengan melumatkan kedua-dua bahagian tersebut dan sapukan pada bisul, tempat yang terkena gigitan kuda, ular, kala jengking dan di tempat bengkak kerana kanser.

Air rebusan selom pula diminum sebagai penawar bagi demam selesema, bagi penyakit yang susah untuk membuang air kecil dan buang air bercampur darah. Biji selom digunakan sebagai penawar jika didapati terlalu banyak darah dalam saluran darah.

Buah selom pula digunakan sebagai perangsang untuk membuang air dan untuk mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Selom dapat mengubati demam panas yang datang secara tiba-tiba dan mengubati tekanan darah tinggi. Selom mampu untuk memberikan kesan sebagai agen antireumatik serta mampu untuk menurunkan paras gula dan kolesterol bagi pesakit diabetis atau kencing manis.


Selom juga enak dibuat ulam dan kerabu

1 comment:

  1. oooo.. ikut rupanya khasiat Daun selom... terima kasih atas info...

    ReplyDelete