Herba Berizom ( Bawang merah)



BAWANG merah yang biasa kita kenal, atau ada juga yang memanggil bawang kecil telah dikenali dengan beberapa bahasa seperti 'shallot' atau nama kimianya allium cepa var ascalonicum. la termasuk dalam golongan rumput liliaceae. Kononnya bawang merah atau bawang kecil ini berasal dari kawasan atau bahagian Asia Tengah, seperti juga di kawasan di mana datangnya bawang putih. Dengan lebih tepat lagi bawang merah ini terdapat asalnya di kawasan kota tua Askalon Palestine Tenggara.
Bawang merah atau nama saintifiknya Allium cepa adalah daripada famili Liliaceae. Bawang merah merupakan tumbuhan yang kaya dengan pelbagai vitamin temasuk vitamin termasuk vitamin B1 (thiamin), B2 ( riboflavin) dan C ( asid askobik). Bawang merah digunakan dalam Ayurveda, iaitu seni perubatan yang terkenal dalam kalangan masyarakat India yang percaya bahawa tumbuhan ini mempunyai khasiat yang tinggi untuk mengubati pelbagai jenis penyakit.
Khasiat dan kegunaan
Pendeknya segala bangsa menggemari bawang merah sebagai salah satu dari bahan perencah untuk dijadikan bahan makanan mereka dari dulu hingga sekarang dari sejak ia mula-mula ditemui
dalam buku Indigenous Drugs of India, dinyatakan bahawa bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, dan mengubati bengkak . 
Terlalu banyak digunakan untuk masakan dan ubatan. la mengandungi zat-zat makanan yang berguna seperti zat putih, telur, gula, kalium, phosphor, zat besi, fluor, belerang, vitamin C (terdapat 10-15 gram di dalam setiap 100 gram bawang merah), vitamin B, pantothen dan karoten.

Selain dari itu bawang merah juga berkhasiat menghairahkan hati, menggiatkan kerja jantung dan menenangkan sarat. la juga berkhasiat bagi mereka yang menderita penyakit selsema dan penyakit cacing.

Bawang merah ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dikupas kulitnya dan dibersihkan. Bagaimanapun tidak semua mereka yang menggemarinya.

Tetapi ramai juga mereka yang menggemari bawang merah jika dibuat ulam ataupun pencecah makanan seperti dibubuh kicap, cili dan lobak asin serta ikan bilis. Bawang merah ini memang banyak khasiatnya jika dimakan mentah-mentah.

Selain dari itu bawang merah ini juga sedap dimakan jika dibuat acar atau campuran kepada makanan iaitu sebagai bahan penumis. Bawang merah yang digoreng dapat menambahkan rasa sedap serta enak kepada berbagai jenis makanan.

Kulit bawang merah ini jika dikumpulkan boleh digunakan untuk dijadikan pewarna kepada kulit telur pindang yang boleh menukarkan warna coklatnya setelah direbus. Daun bawang juga boleh digunakan kepada berbagai jenis campuran sayuran.

Bagaimanapun lazimnya bawang merah yang masin segar lagi digunakan untuk membuat rempah-rempah khusus dipanggil jamu untuk kesihatan tubuh. Bagaimanapun bawang merah. ini amat sesuai sekali untuk dijadikan bahan masakan, bagi segala jenis masakan baik orang-orang timur mahupun barat.
  bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf. Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit.





Dalam amalan tradisional, bawang digunakan untuk menghilangkan jerawat yang mencacatkan wajah. Caranya adalah dengan menampalkan bawang merah yang dilumatkan terlebih dahulu pada muka setiap hari. Sudah bertahun-tahun lamanya jus bawang merah didapati berkesan untuk mengubati sengal-sengal atau sakit sendi dan sesak nafas.


Selain itu, beberapa kajian membuktikan bawahawa bawang merah juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan kandungan gula yang terlalu tinggi, menurunkan kadar kolesterol dan memecahkan lemak  dalam badan. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah untuk melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti kulit melecur sebagai akibat terbakar.


Beberapa kajian menunjukkan bahawa bawang merah dapat mengurangkan keadaan hipertensi, kandungan gula yang tinggi dalam darah, serta aras kolesterol dan kandungan lemak dalam darah. Sesetengah pakar herba mendakwa penggunaan bawang merah juga dapat menghilangkan ketuat dan juga bertindak sebagai bahan diuretik.


Diuretik adalah ubat penambah airi kencing dengan menggalakkan perkumuhan garam dan air daripada ginjal. diuretik digunakan untuk rawatan tekanan darah tinggi dan glaukoma. Dalam padda itu, bawang merah dapat mengubati sakit demam, angin dalam badan , luka, bisul, telinga bernanah dan mengubati buasir. Untuk mengubati demam dan angin dalam badan, bawang merah dilumatkan terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan dengan sedikit minyak kelapa. 


Selepas itu minyak tersebut dilumurkan pada kepala untuk melegakan demam atau disapukan pada perut sebelum dibalut untuk membuang angin dalam badan.


Air perahan atau jus bawang merah pula disapu pada tempat luka dan di sekeliling bisul atau dititikkanke dalam telinga. Manakala bagi sakit buasir, sebiji bawang merah dilayur atau dipanaskan di atas api terlebih dahulu. Kemudian ditekapkan pada lubang dubur dan diulangi beberapa kali.


Memakan mentah atau meminum jus bawang merah dapat mengubati kencing manis, batuk dan selesema serta membuang kahak daripada saluran bronkial

No comments:

Post a Comment