Herba Tidak Berbunga (Khasiat Cengkih)

Cengkih atau nama saintifiknya Syzygium aromaticum adalah daripada famili Mytaceae. Cengkih merupakan sejenis herba yang sering digunakan dalam masakan oleh masyarakat Melayu dan juga India. Pohon cengkih banyak ditanam di kawasan berhampiran dengan pantai dan pergunungan  di India dan di Indonesia. Tinggi pokok cengkih mencapai 18 meter dan usianya boleh mencecah ratusan tahun.


Daun dan bunganya mengandungi zat-zat dan minyak angin (eugenol, asetileugenol, kariofilen, furfurol, metil-amilketon, vanilin) kariofilin dan serat. Menurut Petubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), cengkih tergolong dalam tanaman ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia sama ada dalam bentuk balsam atau minyak cengkih.


Khasiat dan Kegunaan
Bunga cengkih turut digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kosmetik. Antara khasiat cengkih termasuklah menghilangkan nafas berbau atau mengawal bau mulut. Untuk mengubati masalah tersebut, 10 hingga 15 biji cengkih hendaklah direbus terlebih dahulu dengan 10 gelas air selama kira-kira 15 minit atau sehingga paras airnya tinggal tiga belas.

Minum satu perempat atau separuh gelas air rebusan berkenaan sekurang-kurangnya sekali setiap hari. Untuk memperoleh hasil yang lebih berkesan, air rebusan itu perlu diminum tiga kali sehari terutamanya selepas makan. Untuk melegakan sakit gigi, bunga atau biji cengkih ditumbuk lumat sebelum disapukan pada gigi yang berkenaan.

Air rebusan cengkih juga berkhasiat untuk mengubati kembung perut, mengeluarkan angin dalam badan dan melegakan sengal-sengal. Selain meminum air rebusan, penggunaan cengkih dalam masakan juga memberikan khasiat tersebut.

No comments:

Post a Comment