Herba Berizom ( Khasiat Halia)

Halia


Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale Ross juga mempunyai beberapa nama lain seperti ginger( Inggeris), jahe, aliah, jae, lia (Indonesia) kinkh, dan khing-daen (Thailand). Tumbuhan ini adalah famili Zingiberaceae.


Halia merupakan salah satu jenis rempah ratus yang bukan sahaja banyak digunakan dalam masakan timur dan barat malah antara rempah yang terpenting diperniagakan di dunia. Tanaman ini berasal dari Asia Tenggara dan kini ditanam secara meluas di seluruh dunia. Antara negara yang banyak  mengeluarkan halia ialah India, China, Nigeria, Australia dan Thailand. Penanaman halia di Malaysia boleh dikatakan masih diusahakan secara kecil-kecilan sebagai tanaman  tunggal atau selingan bersama dengan tanaman saka seperti nanas, getah dan kelapa sawit.
Khasiat dan Kegunaan Halia

Halia digunakan sebagai rempah perasa dan ubatan. Tanaman ini tergolong dalam katagori ubat-ubatan tradisional Melayu yang dikatakan  dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat  di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan daripada halia juga dikatakan dapat mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada.



  

Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan 
oleoresin.

    
Minyak halia boleh dijadikan sebagai bahan perisa minuman buah-buahan, makanan, kosmetik dan ubat-ubatan. Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula adalah dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.

Halia juga boleh diproses sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai makanan seperti sos dan bakeri.

  

No comments:

Post a Comment