Herba Tidak Berbunga (Khasiat Pokok Dukung Anak)

Dukung  anak atau nama saintifiknya Phylanthus amarus, Phyllanhus niruuri, Phyllanthus urinaria dan Phyllanthus debelis juga mempunyai beberapa nama lain seperti buah amin, nipon-nipon (Malaysia), chanca piedra (India), meniran ( Indonesia) dan shatter stone ( Inggeris). Dukung anak tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae.



Tumbuhan ubatan ini sangat popular  di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba renek  yang berbatang lembut. Batangnya berwarna hijau  atau merah bergantung  pada spesies. Daunnya berbentuk bulat lonjong , berwarna hijau (atau merah) dan bersaiz kecil  yang tersusun di sepanjang tangkai daun. Buahnya terbentuk di bawah setiap pelepah daun. 




Tumbuhan herba ini biasanya terdapat  di kawasan tanah terbiar, di tepi-tepi jalan, atau di kebun serta di kawasan rumah termasuk di dalam paasu bunga. Dukung anak dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal. 

Khasiat dan Kegunaan

Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Dukung anak juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit-birit.


No comments:

Post a Comment