Herba Tidak Berbunga ( Kacip Fatimah)

Kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisa pumila ialah tumbuhan herba berkayu yang tumbuh liar dan senang ditemukan di Malaysia dan di Thailand.Kacip fatimah mudah tumbuh di hutan hujan khatulistiwa pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut,terutamanya di kawasan yang redup dan mempunyai kandungan humus yang tinggi serta tidak menakung air.



Kacip fatimah boleh membiak dalam dua cara,iaitu dengan biji benih dan keratan akar.Tiga jenis variasi kacip fatimah yang boleh ditemukan di Malaysia iala Labisia pumila var.alata,L.pumila var.pumila dan L.pumila var.lanceolata.Namanya yang sedemikian rupa menyerlahkan ciri-ciri wanita bangsawan yang mementingkan gaya hidup yang sihat dan bersemangat tinggi sesuai dengan khasiat yang dimilikinya.


Khasiat dan Kegunaan

Kacip fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen.Kedua-dua elemen ini mampu memberikan manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki melalui pencegahan pembiakan sel prakanser,memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen,mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang,melewatkan proses penuaan,masalah keputihan,melancarkan proses kelahiran bayi,mengembalikan kecergasan selepas bersalin,membantu pengecutan rahim,melangsingkan badan dengan cara membantu menegangkan otot-otot,merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekali gus mengurangkan sakit kesakitan pada sendi dan otot,gonorrhea dan cirit-birit,menyeimbangkan hormon dalam badan,mengatasi masalah depresi selepas bersalin,menambahkan tenaga dan kecergasan badan,mengembalikan rambut yang telah rosak,dan mengatasi constipation.




Kacip fatimah boleh dimakan begitu saja sebagai ulam atau dalam bentuk air lipusan.Bagi wanita yang hendak bersalin atau baru bersalin,minumlah air rebusan akar dan daunnya yang telah direbus di dalam periuk tanah.Bagi pesakit buasir (hemraroid atau piles),rebus akar kacip fatimah yang telah dikeringkang yang telah dimunum air rebusan tersebut.Kacip fatimah berfungsi untuk membersihkan peredaran darah,dengan demikian kacip fatimah kurang sesuai untuk perempuan yang sedang mengandsung atau yang sedang menyusukan anak.

No comments:

Post a Comment