Kunyit merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. tanaman
ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia. Kunyit hidup subur di kawasan lapang
dan terdedah sepenuhnya pada cahaya matahari. Ketinggian tumbuhan ini melebihi
satu meter.
Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk
memanjang dan berjejari. Daunnya licin, berwarna hijau, berbentuk bujur dan
meruncing di hujung serta mempunyai tangkai yang panjang. Pokok ini
mengeluarkan bunga yang berwarna kuning di celah-celah daun muda.
Kunyit
atau nama saintifiknya Curcuma domestica dan Curcuma longa juga mempunyai
beberapa nama lain seperti kha min (Thailand), Manjal ( India), kurkum (Arab).
Kunyit adalah daripada famili Zingiberaceae.
Khasiat dan Kegunaan
Daun
kunyit biasanya digunakan untuk memberikan aroma dan warna kuning kepada
masakan seperti rendang, gulai lemak dan sebagai pembalut ikan atau
daging yang dibakar. dalam perubatan, kunyit digunakan sebagai
antioksidan, antibakteria, anti radang dan anti kanser.
Kunyit
juga berupaya untuk menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan organ
peranakan bagi wanita yang baharu bersalin , membersihkan dan menghalang
pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan
serta menghilangkan selesema. Kunyit juga dikatakan dapat menyembuhkan luka,
terseliuh anggota dan kudis.
Petua
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi.
Melancarkan Perjalanan Darah
- Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
- Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata.
No comments:
Post a Comment