Khasiat Dan Kegunaan
Buah delima mengandungi antioksidan. Kajian
menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga
kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga
dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana
polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya
dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.
Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah
kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
Buah delima dapat melindungi
jantung kita kajian Proceedings of the National Academy of Sciences
menyatakan jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain
seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan
plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat
meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology
menyatakan pesakit koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari
selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %.
Aliran darah menurun sebesar 18%.
Buah delima dapat Menurunkan
kadar kolesterol dalam darah Menurut penelitian di American Journal of
Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan oksidasi
LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan
meningkatkan HDL (kolesterol baik).
Buah delima dapat Mencegah dan
mengubati kanser. Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati
berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser
payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah
pembentukan sel kanser payudara.
Ekstrak
biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali
menjadi normal.Buah delima membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan
kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki yang telah
menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g jus delima setiap
hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan
dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
Buah delima mungkin mencegah dan
memperlambat penyakit Alzheimer. Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan
untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi
plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih
baik
Buah
delima Sumber nutrisi Sebiji buah delima memiliki sekitar 40
% vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi
folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat
Buah delima untuk kecantikan kulit
Sumber asid folat dan antioksidan dalam
buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang, menyaktoksid dan
meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
Kandungan gula Buah delima
mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel
kulit mati. Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
Lagi satu buah delima juga boleh
digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Caranyer sangat mudah. Lepas makan buah delima jangan buang kulitnya
ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut. Kemudian kisar atau
kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk. Kemudian simpan
dalam bekas dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan
sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah.Biarkan ianya kering
kemudian basuh.
Khasiat
Buah delima untuk ibu mengandung
Buah
delima Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam
Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama
kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.
Jus buah delima dapat melahirkan anak
yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah
terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi
yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum
tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.
Jus buah delima juga dapat mengelakkan
kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
No comments:
Post a Comment